Tiada Pemberian Vaksin Secara ‘Walk-In’ Di PPV Unisza

KUALA TERENGGANU – Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) menafikan dakwaan kononnya wujud pemberian vaksin Covid-19 secara walk-in di pusat pemberian vaksin (PPV) institusi pengajian tinggi itu.

Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungannya dalam kenyataan memaklumkan, kaedah sedemikian tidak pernah dijalankan di semua PPV termasuk di PPV itu.

Katanya, individu yang dipilih untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 dimaklumkan mengenai janji temu melalui aplikasi MySejahtera, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon.

“Maklumat yang tular di aplikasi WhatsApp sejak semalam adalah palsu. 

“Orang ramai dinasihatkan agar jangan mudah terpengaruh dengan sebaran berita palsu dan tidak hadir, berlegar mahu pun menunggu di PPV tanpa sebarang urusan bagi mendapatkan suntikan vaksin tanpa janji temu,” kata kenyataan itu.

Kredit: Utusan Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *