Terpaksa Pujuk Ibu Terima Suntikan Vaksin

CHUKAI – “Anak memujuk setiap hari, kata mereka kalau tidak disuntik tidak boleh berjalan-jalan, hari ini tok setuju sebab sudah lama teringin nak ke Pasar Payang,” kata warga emas, Selamah Embong 68.

Selamah, 68, yang tinggal di Felda Neram 1 sebelum ini menolak dua kali temu janji suntikan vaksin Covid-19 selepas terpedaya dengan maklumat tidak tepat berhubung keberkesanan vaksin berkenaan.

“Tok sebelum ini takut, pasal orang kata kalau disuntik, akan dapat kesan sampingan lebih lagi tok ada penyakit kronik,” katanya ketika ditemui di Pusat Penerimaan Vaksin PPV di Dewan Sivik Kerteh.

Salmah berkata, dia menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi sehingga menyebabkan satu jari kaki dan tumit kakinya dipotong.

Sementara itu, Ramzah Mohamad berkata, dia terpaksa memujuk ibunya itu kerana bimbang ibunya yang menghidap penyakit kronik paling berisiko sekiranya terkena jangkitan Covid-19.

Katanya, mereka empat beradik setiap hari memujuk ibunya itu dan apabila anak bertegas tidak mahu membawa ibu berjalan-jalan, Selamah akhirnya akur untuk ke PPV.

“Puas kami adik beradik memujuk, bila kami bertegas tak mahu bawa dia pergi jalan-jalan barulah dia setuju nak suntik,” katanya.

Kredit: myMetro Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *