Setiu Gedung Pengeluaran Makanan Terengganu

SETIU – Kerajaan negeri mengisytiharkan daerah ini sebagai gedung pengeluaran makanan sekaligus membantu merealisasikan sasaran bagi meningkatkan purata pendapatan petani di daerah berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pengisytiharan berkuatkuasa pertengahan Jun lalu itu mampu melonjakkan 10 peratus sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri.

Katanya, pemilihan itu berdasarkan kewujudan tanah pertanian berskala komersial seluas 2,104 hektar di daerah berkenaan.

Menurutnya, Setiu juga mempunyai pelbagai aktiviti pertanian termasuk tanaman kontan, penternakan, akuakultur, perikanan pesisir pantai, pekebun kecil hingga ke sektor perladangan tanaman komoditi.

“Sehubungan itu, bagi menggerakkan Setiu sebagai gedung pengeluaran makanan negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas menyediakan pelan tindakan,” katanya pada sidang media Program Penuaian Ubi Vitato di Kampung Banggol, di sini, hari ini.

Azman berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan Pegawai Daerah Setiu Rosli Latif akan mengenal pasti tanah untuk dimasukkan dalam program berkenaan selain memproses permohonan.

Kredit: myMetro Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *