Kes Baharu Covid-19 Menurun Kepada 8,574

KUALA LUMPUR – Selepas tiga hari berturut-turut kes baharu harian Covid-19 mencatatkan angka melebihi 9,000, hari ini kes baharu menurun kepada 8,574 menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 844,870.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam Twitter memaklumkan Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 4,308 kes diikuti Negeri Sembilan (794); Kuala Lumpur (609); Kedah (415); Melaka (411) dan Johor (407).

Selain itu, Pahang mencatatkan 314 kes; Sabah (298); Sarawak (235), Pulau Pinang (231); Perak (168); Terengganu (140); Kelantan (133); Labuan (66) dan Putrajaya (45).

Tiada kes baharu Covid-19 di Perlis.

Kredit: myMetro Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *