Gadis Cari Bapa Kandung

KUALA TERENGGANU – Seorang gadis mencari bapa kandungnya untuk menjadi wali pernikahannya yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Julai ini.

Puteri Iman Khalilah Ahmad Shuhairill, 20, dari Dungun berkata, bapa kandungnya, Ahmad Shuhairill Ahmad Rashdi, 40-an, itu tidak dapat dikesan sejak berpisah dengan ibunya.

“Saya tidak pernah mengenali ayah selepas dia berpisah dengan ibu dan pelbagai usaha dilakukan bagi mengesan ayah.

“Saya ada berhubung dengan keluarga sebelah bapa di Sura Utara, Dungun namun mereka juga tidak mengetahui lokasinya yang terkini.

“Majlis pernikahan sepatutnya dijadualkan pada 15 Julai ini tetapi terpaksa ditunda,” kata anak bongsu daripada dua beradik.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lokasi terkini Ahmad Shuhairill boleh berhubung terus dengan Puteri Iman Khalilah di talian, 017-9698183.

Kredit: myMetro Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *