Banjir Kilat, 24 Keluarga Dipindahkan

RAUB – Seramai 71 orang membabitkan 24 keluarga di tiga kampung dipindahkan ke tiga Pusat Perpindahan Sementara ( PPS) kerana banjir kilat pagi tadi.

Tiga kampung terbabit ialah Kampung Ulu Sungai, Semantan Ulu dan Kundang Patah.

Hujan lebat kira-kira empat jam sejak tengah malam menyebabkan air memasuki ke kawasan rumah sejak awal pagi.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penguasa Bomba Shahrul Nizam Shahrul Nizam Nasir berkata, tiga PPS yang dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai membabitkan 35 mangsa dari 11 keluarga.

“Manakala PPS Masjid Jamik Semantan Ulu menempatkan 11 mangsa dari lima keluarga dan PPS Masjid Kundang Patah menempatkan 25 mangsa dari lapan keluarga.

“Kesemua 71 mangsa dari 24 keluarga itu masih ditempatkan di PPS terbabit kerana air masih bertahan,” katanya.

Sementara itu, Shahrul Nizam berkata, bomba dengan dua pegawai dan enam anggota dari Balai Bomba Raub menyelamatkan tiga mangsa yang terperangkap dalam banjir kilat itu berhampiran masjid kampung Gali.

Kredit: myMetro Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *