Annuar Musa Dikompaun Langgar SOP Ziarah Bekas PM

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dikompaun selepas gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana menziarahi Tun Abdullah Ahmad Badawi Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

“Beliau (Annuar) dikompaun sebanyak RM2,000 kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 17 Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan Pelan Pemulihan Negara 2021,” katanya.

Sementara itu, Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan mengesahkan menerima kompaun berkenaan.

“Berkaitan kunjungan Tan Sri Annuar Musa ke Bait Badawi (kediaman Tun Abdullah Ahamd Badawi) pada Sabtu lalu, beliau sudah menerima kompaun daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akan menjelaskan kompaun tersebut secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu, Annuar memuat naik hantaran di Twitter berhubung ziarah dilakukan ke rumah bekas Perdana Menteri itu Sabtu lalu.

Ciapannya itu mengundang kecaman netizen dan memohon tindakan diambil oleh pihak berkuasa selepas melanggar SOP PKP.

Kredit: myMetro Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *