102 Kes Kematian Akibat Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA – Sebanyak 102 kes kematian Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian di Malaysia sebanyak 6,260 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu pula mencatatkan sebanyak 8,574 kes termasuk 40 kes import dengan jumlah kes Covid-19 sebanyak 844,870 kes.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan merekodkan sebanyak 91,272 kes termasuk 964 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 452 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Sebanyak 5,041 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 747,338 kes,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini.

Kredit: Kosmo!

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *