‘Perang’ Habis-Habisan – TPM

KUALA LUMPUR – Kilang dan premis perniagaan yang melanggar peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan akan berhadapan tindakan tegas termasuk diarah tutup serta-merta sebagai usaha menangani pandemik Covid-19.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur lagi terhadap kilang dan premis perniagaan berkenaan yang gagal mematuhi peraturan.

“Kita akan melakukan ‘perang’ habis-habisan dalam melawan (penularan pandemik) Covid-19 dan mengambil tindakan tegas kepada kilang dan premis perniagaan yang berdegil,” katanya menerusi catatan di Facebook rasminya, hari ini.

Semalam, Ismail Sabri dalam catatan di Facebook memaklumkan terdapat 108 kilang dan premis perniagaan yang gagal mengikut SOP sudah diarah tutup serta-merta dalam tempoh dua hari.

Ia membabitkan 56 kilang dan premis perniagaan yang diarah tutup pada Khamis, manakala baki 52 pada kelmarin.

Kredit: Bernama

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *