Dangau Rezeki Bantu Pengusaha Pelancongan Taman Negara

JERANTUT – Bagi menjaga kebajikan kira-kira 300 pengusaha dan penggiat pelancongan Taman Negara, Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kuala Tahan dan Bird Group Taman Negara (BGTN) bertindak proaktif melancarkan program Dangau Rezeki Komuniti Kuala Tahan di sini.

Pengerusi JKKK Kuala Tahan, Abdul Jalil Abd. Rahman berkata, Dangau Rezeki itu akan menyediakan barangan keperluan dapur dan peralatan kebersihan diri untuk mereka yang memerlukan.

“Dangau Rezeki terletak di dataran tempat letak kereta Kuala Tahan berdekatan pintu masuk taman peranginan ini dibuka setiap hari dari pukul 9 hingga 10 pagi untuk penduduk yang terjejas pendapatan di sekitar Kuala Tahan.

“Kita berharap penduduk yang benar-benar terjejas dan yang memerlukan sahaja mendapatkan bantuan barang keperluan dapur di Dangau Rezeki ini dengan menghubungi petugas berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, dana dan barang keperluan dapur adalah daripada sumbangan Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan.

Tambahnya sumbangan juga diperolehi daripada individu dari luar negara iaitu pelancong negara Eropah yang pernah berkunjung ke Taman Negara sebelum penularan Covid-19.

Kredit: Kosmo!

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *