9,105 Kes Baharu COVID-19, Selangor Sumbang Lebih Separuh

KUALA LUMPUR – Selangor merekodkan 4,682 kes baharu COVID-19, lebih separuh daripada 9,105 kes dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam.

Angka jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 836,296 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, Kuala Lumpur merekodkan kes kedua tertinggi dengan 1,247 kes, diikuti Negeri Sembilan (541), Johor (392) Kedah (382) dan Pahang (300).

Hanya Perlis merekodkan kes satu digit dengan satu kes, manakala Terengganu 38 kes, Putrajaya (49) dan Labuan (59) setakat tengah hari tadi.

“Melaka pula merekodkan 278 kes, diikuti Sabah 271 kes, Sarawak 270 kes, Pulau Pinang 243 kes, Perak 207 kes dan Kelantan 150 kes,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Kredit: BH Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *