91 Kematian, 5,194 Kes Sembuh Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA – Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 melebihi 9,000 iaitu 9,105 kes berbanding semalam, 9,353 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 5,194 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 91 kematian dicatatkan dengan 961 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 455 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 87,841 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 4,682 kes dengan Kuala Lumpur (1,247), Negeri Sembilan (541), Johor (392), Kedah (382), Pahang (300), Melaka (278), Sabah (271), Sarawak (270), Pulau Pinang (243) dan Perak (207).

“Hanya sebuah negeri mencatatkan kes di bawah 200 iaitu Kelantan (150) manakala Terengganu (38), Labuan (54), Putrajaya (49) dan hanya Perlis merekodkan satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kredit: Utusan Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *