Tinggal Ganja 5 Kg Sebelum Terjun Dalam Sungai Golok

RANTAU PANJANG – Seorang lelaki sanggup terjun ke dalam Sungai Golok untuk melarikan diri daripada dicekup Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan penyeludupan ganja seberat lima kilogram (kg) di pangkalan haram Pos Man di sini semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, anggota PGA melihat seorang lelaki berada di sebuah pondok di pangkalan haram itu sambil memegang sebuah kotak semasa melakukan rondaan kira-kira pukul 8 malam.

Menurutnya, apabila menyedari kehadiran anggota PGA, lelaki itu terus terjun ke dalam Sungai Golok dan berenang ke arah negara jiran.

“Pemeriksaan di lokasi itu, kita telah menjumpai sebuah kotak mengandungi paket ganja mampat seberat lima kg dianggarkan bernilai RM12,500 yang ditinggalkan suspek.

“Selain paket-paket ganja, kita turut merampas satu unit picagari. Siasatan awal mendapati, dadah-dadah itu dibawa masuk ke negara ini melalui pangkalan haram tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azhari, berdasarkan siasatan, pihaknya tidak menolak kemungkinan bekalan ganja itu akan dijual di pasaran di sekitar daerah ini.

Kredit: Kosmo!

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *