Tabah Jaga Anak Sakit Saraf

GUA MUSANG – Sepasang suami isteri yang tinggal di Kampung Lebur Jaya, Kuala Betis, di sini tetap tabah menjaga anak lelaki mereka yang sakit saraf sejak dilahirkan kira-kira 12 tahun lalu.

Norshahada Mohammad, 32, berkata, suaminya, Mohd. Ridh­wan Mat Deris, 37, membantunya menguruskan Muhammad Syahir Rifqi, 12, sehingga pendapatannya sebagai penoreh getah terjejas.

Katanya, usia anak sulung dari dua beradik yang semakin meningkat itu menyebabkan keadaannya semakin sukar untuk dijaga.

“Setiap hari saya bersama suami perlu memantau ke­adaan Muhammad Syahir kerana dia sering sesak nafas kerana kahaknya yang banyak.

“Sebelum ini, kami sering membawa Muhammad Syahir untuk rawatan, malah terpaksa meminjam wang daripada ahli keluarga untuk membawanya ke hospital,” katanya ketika ditemui di rumah­nya di sini semalam.

Norshahada berkata, dia bersyukur apabila menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan untuk membeli keperluan lampin pakai buang dan susu.

Katanya, pendapatan suaminya yang mengambil upah menoreh getah pula hanya sekitar RM500 sebulan.

“Setiap hari, anak kami diberi susu sebanyak lapan kali sehari setiap tiga jam. Dalam masa sebulan sebanyak empat tin susu diperlukan.

“Harga susu khas itu kira-kira RM150 setin. Jika anak sakit, kami terpaksa menyewa ken­deraan untuk rawatan di hospital kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk membawanya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima bantuan bakul makanan daripada Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo sempena Op Bantu semalam.

Sementara itu, Choon Foo berkata, sebanyak 10 keluarga yang terjejas ekoran penularan jangkitan Covid-19 telah diberikan sumbangan barangan makanan harian.

Katanya, bakul makanan itu adalah sumbangan kerajaan Persekutuan untuk golongan asnaf.

Kredit: Kosmo!

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *