Rugi RM2,700 Ditipu Pembelian iPhone

KUANTAN – Seorang pengawal keselamatan berusia 39 tahun mengalami kerugian RM2,700 selepas ditipu dalam urusan pembelian iPhone yang diiklankan di laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang tinggal di Lorong Chempaka 3 di sini, mula melihat satu iklan penjualan iPhone 12 Pro Max berharga RM1,500 di Facebook pada 7 Julai lalu.

“Mangsa yang berminat untuk membeli telefon pintar terbabit telah menghubungi penjual berkenaan melalui WhatsApp dan telah membuat bayaran sebanyak RM1,500 pada pukul 6 petang hari sama.

“Kemudian, suspek meminta mangsa membayar RM1,200 untuk kad indentiti (ID Card) serta kos Kastam dan mangsa membuat pemindahan wang ke akaun sama untuk tujuan itu pada pukul 7.18 petang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, selepas menerima wang berkenaan, suspek masih lagi meminta wang daripada mangsa dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah menyebabkan mangsa berasa curiga.

Ujarnya mangsa yang berasa ditipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kredit: Kosmo!

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *