Polis Siasat Kenyataan Kontroversi Kit Siang

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung kenyataan kontroversi dimuat naik Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang membabitkan isu berkaitan Allah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata pihaknya menyiasat kenyataan berkenaan selepas menerima laporan membabitkan veteran DAP itu.

“Ada laporan polis diterima dan kenyataan itu sedang disiasat,” katanya pada BH, hari ini.

Selasa lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, dilaporkan berkata kenyataan Kit Siang berkaitan Allah dilihat berunsur hasutan dan cuba memecahbelahkan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

Selain itu, Hamzah dipetik berkata, siasatan perlu diperluas kepada mana-mana individu dikenal pasti melakukan tindakan sama hingga menggugat keharmonian di negara ini.

Baru-baru ini, veteran DAP itu memuat naik kenyataan berbahasa Inggeris di laman Facebooknya yang didakwa menyentuh sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.

Kredit: BH Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *