PETALING JAYA – Orang ramai yang telah mengambil suntikan pertama dan kedua vaksin Covid-19 dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal berat selama seminggu.
Kementerian Kesihatan di laman Facebook berkata, antara contoh aktiviti fizikal berat yang dimaksudkan ialah senaman kuat.
“Sekiranya anda mengalami gejala seperti sesak nafas, sakit atau ketat dada akut serta jantung berdebar selepas vaksinasi, sila pergi ke klinik yang terdekat,” katanya hari ini. – K! ONLINE