“Hari Ini Akan Sibuk, Pagi Dan Petang” – TPM

PUTRAJAYA – “(Jadual saya) hari ini akan sibuk, pagi dan petang,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di luar perkarangan Kompleks Perdana Putra, hari ini.

Ismail Sabri, 61, akan memulakan tugas rasminya sebagai Timbalan Perdana Menteri hari ini selepas dilantik ke jawatan berkenaan, Rabu lalu. Selain itu, portfolionya sebagai Menteri Kanan Pertahanan dikekalkan.

Terdahulu, kenderaan yang membawa Ismail Sabri dilihat memasuki perkarangan Bangunan Perdana Putra, di sini pada jam 10 pagi tadi.

Ismail Sabri mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya di Aras 4 dan kemudian menandatangani Buku Selamat Datang, diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Pegawai Integriti JPM, Muhd Redza Ahmad.

Beliau kemudiannya menghadiri Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara maya bersama Perdana Menteri. Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Putra menempatkan pejabat-pejabat utama dalam pentabiran negara seperti Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Negara.

Sebelum ini, Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, pelantikan Ismail Sabri dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

Kredit: BH Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *