10 Cadangan Pemuda UMNO Kepada TPM

PETALING JAYA – Pemuda UMNO hari ini menyampai 10 cadangan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengadakan kunjungan ke pejabat beliau hari ini.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr​. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan digelar #TuntutanRakyat tersebut merupakan cadangan untuk menambah baik Bantuan Rakyat yang dirumuskan oleh pihaknya.

“Datuk Seri amat komited dan bersetuju untuk jadikan semua #TuntutanRakyat ini sebagai keutamaan beliau setelah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Bukan itu sahaja, Insya-Allah, dalam isu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh, beliau juga akan memastikan tindakan tegas diambil agar tiada lagi kompromi untuk membolehkan kilang-kilang penyumbang infeksi virus dibuka sewenang-wenangnya,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Antara tuntutan ataupun cadangan disampaikan itu termasuklah menyegerakan Bantuan Khas Covid-19, bank-bank tidak mengenakan faedah terakru bagi moratorium ditawarkan, menambah baik i-Citra serta bantuan khas kecemasan untuk peniaga-peniaga kecil.

Kredit: Kosmo!

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *