Kes Baharu Covid-19 Melebihi 8,000 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu harian Covid-19 di negara ini melebihi angka 8,000 apabila sejumlah 8,868 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 808,658.

Menerusi perkongsian di laman Twitter hari ini, beliau berkata, Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 4,152 kes; diikuti Kuala Lumpur (1,133); Negeri Sembilan (897); Perak (543); Kedah (360); Johor (336); Sarawak (281); Sabah (279); Pulau Pinang (237); Melaka (183); Pahang (152); dan Kelantan (135).

Terengganu pula mencatat 68 kes; Labuan (64); Putrajaya (47) dan Perlis satu kes.

Kredit: myMetro Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *