Gagal Seludup 340 Kg Minyak Masak

PASIR MAS – Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup minyak masak paket seberat 340 kilogram (kg) gagal selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya di tahan polis di Jalan Lati, di sini semalam.

Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) mengejut yang dijalankan oleh anggota polis di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, anggota polis telah menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di SJR itu sebelum membuat pemeriksaan di dalamnya.

“Hasilnya, kita telah menjumpai kotak-kotak minyak masak yang diletakkan di bahagian tempat letak kaki penumpang belakang.

“Kotak-kotak tersebut telah ditutup menggunakan sehelai kain berwarna hitam. Tindakan itu dilakukan untuk mengaburi mata anggota penguat kuasa,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, pemerikdaan lanjut, polis turut menemui kotak-kotak minyak masak yang diletakkan di bahagian belakang kenderaan itu.

Katanya, pemandu dan kesemua barangan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.\

Kredit: Kosmo!

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *