“Ambo Nok Jadi YB” – Ceo Mz Gold

“AMBO nok jadi YB (Yang Berkhidmat)” Itu kata-kata yang terpancul dari mulut Ketua Pegawai Eksekutif Mz Gold, Murtadhatumizi Mustapha sejurus melihat keperihatan hidup yang terpaksa diharungi oleh penduduk Kampung Pulau Suri, Tumpat.

Murtadhatumizi berkata, berbekalkan kemampuan yang ada dia tekat untuk terus menabur bakti dengan menghulurkan bantuan kepada golongan terjejas sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) ketika ini.

Menurutnya, sejak 1 Jun hingga semalam sebanyak 400 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Katanya, pendekatan itu diambil selepas pihaknya terkesan melihat kesulitan yang dialami oleh mereka yang bekerja sendiri selepas kerajaan terpaksa menutup beberapa sektor bagi mengurangkan jangkitan.

“Melihat kepada situasi itu kami (Mz Gold) menawarkan diri untuk menjadi YB dengan turun padang mengagihkan bantuan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan.

“Jadi marilah bersama-sama kami dengan menyokong produk keluaran Mz Gold. Setiap sokongan yang anda berikan (dengan membeli produk kami) akan disalurkan kepada golongan memerlukan,” katanya.

Sebanyak 96 keluarga di Kampung Pulau Suri menerima sumbangan bakul makanan yang diagihkan secara terus kepada penerima.

Hadir sama, Ketua Balai Polis Palekbang, Sarjan Mejar Anuar Awang Besar.

Bantulah kami….
Untuk kami bantu orang lain.

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *