PETALING JAYA – Hanya empat ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak menandatangani perakuan menyokong keputusan MT malam tadi yang menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mereka ialah Datuk Zahidi Zainul Abidin, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Khaidiriah atau Dira Abu Zahar serta seorang lagi ahli MT yang belum dapat dipastikan.
“Sementara seorang lagi ahli MT yang tidak hadir dalam mesyuarat berkenaan adalah Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang kini berada di luar negara mengetuai misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) al-Quds dan Gaza,” kata sumber kepada Utusan Online ketika dihubungi pagi ini.
Kredit: Utusan Online