Ujian Air Liur Capai Sensitiviti 90 Peratus

PETALING JAYA – Dua peranti ujian kendiri (Rapid Antigen test) yang menggunakan air liur bagi saringan Covid-19 mencapai tahap sensitiviti 90 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ujian  yang dijalankan Kajian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) itu telah selesai dan perincian panduan penggunaan kit ujian kendiri berkenaan dijangka selesai minggu depan.

“Dua ujian kendiri air liur telah selesai dikaji oleh IMR dan kedua-duanya mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus. MDA (Pihak Berkuasa Peranti Perubatan) sedang memperincikan panduan penggunaan dan insya-Allah akan selesai minggu depan,” katanya menerusi ciapan dalam Twitter hari ini.

Pada Mei lalu, Dr. Noor Hisham memaklumkan, terdapat dua syarikat menawarkan kit ujian itu untuk dijual di farmasi tempatan.

Katanya, menerusi penggunaan kit ujian air liur itu, individu tidak perlu hadir ke fasiliti kesihatan untuk membuat saringan awal bagi mengesan Covid-19.

Kredit: Utusan Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *