Peneroka FELDA Nikmati Pelarasan Lupus Sebahagian Pinjaman

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelupusan sebahagian pinjaman peneroka FELDA akan membabitkan beberapa pelarasan.

Perdana Menteri berkata, ia membabitkan pelarasan sebahagian baki pinjaman tanam semula sehingga 31 Disember 2019 berjumlah RM8 bilion.

Beliau berkata, pelarasan itu memberi manfaat kepada seramai 92,441 peneroka atau 82 peratus daripada keseluruhan 112,638 peneroka FELDA.

Katanya, pelarasan juga akan dibuat terhadap sebahagian baki tunggakan pinjaman baja sehingga 31 Disember 2019 berjumlah RM168 juta, yang bakal memanfaatkan 52,180 atau 46 peratus peneroka.

“Pelarasan sepenuhnya baki pinjaman saham FGV Holdings Bhd sehingga 7 Julai 2021, bernilai RM78 juta, membabitkan 38,043 peneroka atau 34 peratus warga peneroka.

“Ia juga akan membabitkan pelarasan sepenuhnya baki pinjaman pembangunan asal sehingga 31 Disember 2019, berjumlah RM56 juta, yang akan dinikmati seramai 6,711 peneroka atau kira-kira 6 peratus peneroka,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Sambutan Hari Peneroka FELDA 2021, hari ini.

Kredit: BH Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *