Kerajaan Setuju FELDA Lupus Sebahagian Pinjaman Peneroka

PUTRAJAYA – Kerajaan secara dasar bersetuju dengan cadangan FELDA untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion, kata Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelupusan itu akan dilaksanakan melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat, terutama bagi generasi awal yang berkorban keringat dan air mata untuk membolehkan program rancangan pembangunan tanah itu dijayakan.

Beliau berkata, pelupusan sebahagian hutang peneroka itu akan memudah cara proses penjanaan semula atau ‘restart’ FELDA, bagi mengembalikan kedudukannya sebagai sebuah syarikat perladangan terulung dunia.

“Untuk FELDA kembali bangun setanding dengan syarikat perladangan terkemuka dunia, pihak kerajaan mengenal pasti antara isu yang mampu merencatkan visi itu, iaitu isu hutang yang membelenggu FELDA dan warga pewaris peneroka sejak sekian lama.

“Isu hutang ini harus diperbetulkan dahulu untuk memudahcarakan proses penjanaan semula atau ‘restart’ FELDA,” katanya.

Kredit: BH Harian

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *