Hishammuddin Sedia Galas Tanggungjawab Dengan Sebaiknya

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang baru dilantik Menteri Kanan Luar Negeri hari ini, menyatakan komitmen untuk membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beliau yang akan mengetuai Kluster Keselamatan negara juga berkata, akan mengalas tanggungjawab diberikan itu dengan sebaiknya.

“Terima kasih Perdana Menteri di atas kepercayaan melantik saya selaku Menteri Kanan Luar Negeri. Dengan pelantikan ini, saya akan mengetuai Kluster Keselamatan, selain membantu Perdana Menteri dalam pelaksanaan PPN.

“Saya sedar dan insaf, dalam berdepan pandemik COVID19, tanggungjawab dan harapan rakyat cukup besar. Insya-Allah saya akan galas tanggungjawab ini sebaiknya,” katanya melalui Facebook rasminya, hari ini.

Hishammuddin berkata, hanya dengan kestabilan, kesatuan dan kerjasama semua pihak mampu membawa Malaysia keluar daripada pandemik ini.

Beliau berkata, meskipun dilantik sebagai Menteri Kanan, beliau adalah orang yang sama, yang akan berkhidmat untuk rakyat dan negara.

“Percayalah, apa juga jawatan dan kedudukan yang diamanahkan, pendirian saya tetap sama… hanya mahu bekerja demi rakyat dan negara dengan seikhlas hati. Saya berdoa, semoga Allah SWT meredai ketentuan ini,” katanya.

Kredit: BH Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *