FELDA Berpotensi Kembali Sebagai Pemain Global

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin FELDA akan berupaya dan berpotensi besar untuk kembali menjadi syarikat perladangan terulung dunia.

Perdana Menteri berkata, seperti rakyat Malaysia yang lain, beliau juga mahu melihat nama FELDA terpampang dalam senarai syarikat global paling berjaya seperti dalam Fortune Global 500.

“Dengan kelebihan bank tanah seluas 832,000 ribu hektar, FELDA mempunyai keupayaan dan potensi besar yang besar untuk kembali menjadi syarikat perladangan terulung dunia.

“Saya sedar ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun dengan strategi serampang tiga mata iaitu ‘Restart, Revitalise dan Reform’ serta komitmen pihak pengurusan baharu serta sokongan kerajaan, ia tidak mustahil untuk dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap melancarkan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2021 yang disiarkan secara langsung di RTM, hari ini.

Kredit: BH Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *