EKSKLUSIF: Lelaki Orang Asli Parah Diserang Harimau

GUA MUSANG – Seorang lelaki Orang Asli cedera dipercayai diserang harimau di Kampung Badak, Pos Bihai di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu dikatakan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari kebun ke rumahnya.

Menurut sumber, mangsa mengalami kecederaan parah di mata, kepala dan tangan.

“Penduduk kampung sudah menghubungi pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk mendapatkan helikopter.

“Namun keadaan cuaca buruk, mangsa tidak dapat dikeluarkan dari kampung ke Hospital Gua Musang,” katanya kepada Utusan Timur.

Difahamkan perjalanan mengikut jalan balak untuk ke bandar Gua Musang mengambil masa empat sehingga lima jam. – Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *