Malaysia Terima Lebih 6 Juta Dos Vaksin Pfizer Bulan Ini

KUALA LUMPUR – Malaysia dijadual menerima 6,429,150 dos vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech melalui perolehan terus oleh kerajaan dan sumbangan Amerika Syarikat (AS), bulan ini.

Ia masing-masing sebanyak 5,428,800 dos melalui perolehan terus Kerajaan Malaysia, manakala 1,000,350 daripada Kerajaan AS.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata bekalan dos daripada Kerajaan AS itu sudah diterima pagi tadi.

Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaaan (PICK) berkata, Malaysia juga akan menerima keseluruhan lebihan bekalan vaksin Sinovac, melengkapkan jumlah tempahan sebanyak 12 juta dos, bulan ini.

“Bagi AstraZeneca, selain satu juta dos sumbangan kerajaan yang diterima Jumaat lalu, kita sudah menerima sebanyak 586,700 dos melalui perolehan Kerajaan Malaysia.

“Pada Ogos dan bulan seterusnya, vaksin akan digunakan di bawah PICK adalah Pfizer dan AstraZeneca, tidak termasuk CanSino yang belum diterima tarikh penghantaran.

“Kita juga akan menerima satu lagi sumbangan 500,000 dos vaksin keluaran Sinovac daripada Kerajaan China yang akan tiba pada pertengahan bulan ini, sekali gus terus meningkatkan kapasiti dan kadar vaksinasi PICK,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) yang dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, secara maya, hari ini.

Kredit: BH Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *