9 Juta Dos Vaksin Covid-19 Diberikan Sehingga Semalam

PUTRAJAYA – Jumlah pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sudah mencecah sembilan juta dos, setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sebanyak 206,015 dos vaksin diberikan di seluruh negara semalam sekali gus menjadikan jumlah pemberian vaksin setakat ini adalah 9,006,715 dos.

Katanya, daripada jumlah vaksinasi yang diberikan semalam, sebanyak 127,385 individu menerima dos pertama manakala 78,630 individu lagi kini sudah lengkap menerima suntikan kedua.

“Pertambahan pemberian vaksinasi itu menjadikan jumlah yang menerima dos pertama sehingga semalam ialah sebanyak 6,388,399 individu serta bagi dos kedua ialah 2,618,316,” katanya hari ini.

Sementara itu, data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang dikongsikan Dr Adham menunjukkan penduduk Sarawak mencatatkan kadar penerima dos pertama yang tertinggi iaitu sebanyak 1,197,283 individu atau 42.5 peratus daripada populasinya.

Ia diikuti Kuala Lumpur dengan 1,154,186 individu (65.1 peratus); Selangor (1,095,958/16.8 peratus); Johor (472,429/ 12.5 peratus); Sabah (387,000/ 9.9 peratus); dan Pulai Pinang (328,969/ 18.5 peratus).

“Bagi pemberian dos kedua, penduduk Selangor mencatatkan kadar tertinggi pemberian vaksinasi iaitu sebanyak 348,853 individu atau 5.3 peratus daripada jumlah populasinya.

“Selain itu Sarawak dengan 299,593 individu (10.6 peratus); Johor (277,716/ 7.3 peratus); Kuala Lumpur (244,709/ 13.8 peratus); Sabah (233,409/ enam peratus) dan Perak (227,137/ sembilan peratus),” katanya.

Kredit: myMetro Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *