584 Kes Varian Baharu Di Malaysia

KUALA LUMPUR – Sebanyak 584 kes direkodkan di negara ini yang dikesan akibat varian baharu, membabitkan jangkitan lebih meluas dan pantas, dikatakan menerusi bawaan udara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata ia diperoleh menerusi beberapa tindakan pencegahan bagi ancaman varian Delta, termasuk jujukan genom.

Beliau berkata, sebanyak 40 kes dikenal pasti daripada varian B1617.2, manakala B1.352 (136 kes); B117 (10 kes); B1525 (dua kes); B161.7.14 (empat kes) dan varian membimbangkan atau varian kepentingan lain (392 kes).

“Kegiatan pencegahan dan kawalan berterusan dijalankan bagi mana-mana kes dikesan melalui kadar insiden tinggi dalam satu kawasan, yang mana kes menular dengan cepat, membabitkan kematian atau kes tinggi dalam kawasan serta kes tertinggi harian, kita akan buat jujukan genom.

“Dari situ kita akan tahu sama ada individu itu mendapat jangkitan daripada varian baharu.

“Ia ada kaitan dengan vaksin diberikan dan kita sudah maklumkan dua dos adalah dasar perlu dilaksanakan di negara ini supaya imunisasi dan ketahanan daripada varian baharu ini dicapai dengan baik,” katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) yang turut dihadiri Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin, hari ini.

Kredit: BH Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *