4,532 Kes Pulih Covid-19 Dengan 77 Kematian Hari Ini

KUALA LUMPUR – Kes penularan Covid-19 di negara ini merekodkan sebanyak 6,387 kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 785,039 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu dilaporkan hari ini, sebanyak 2,610 kes dikesan di Selangor, diikuti Kuala Lumpur dengan 819 kes baharu dan Negeri Sembilan (523).

Menurutnya, sebanyak 424 kes baharu direkodkan di Sarawak, Johor (324), Pahang (312), Kedah (273), Sabah (263) dan Perak (249).

“Turut mencatatkan pertambahan kes hari ini adalah Melaka dengan 206 kes baharu, Pulau Pinang (157), Kelantan (114), Labuan (71), Putrajaya (25) dan Terengganu (17).

“Hanya Perlis tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah baharu itu, 6,361 membabitkan kes tempatan iaitu 4,864 warganegara dan 1,497 bukan warganegara manakala 26 kes import terdiri 13 warganegara dan 13 bukan warganegara menjadikan kes aktif 67,669.

“Sebanyak 4,532 kes dilaporkan pulih, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 710,018 kes atau 90.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sebanyak 77 kematian dilaporkan membabitkan 73 warga tempatan dan empat bukan warganegara,” katanya.

Beliau berkata, terdapat 923 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 443 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kredit: myMetro Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *