6,658 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,658 kes baharu Covid-19 direkodkan di dalam negara hari ini, menurun sedikit berbanding 6,982 kes dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam Twitter memaklumkan Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 3,047 kes diikuti Negeri Sembilan (699); Kuala Lumpur (616); Johor (414); Sarawak (361); Melaka (345); dan Sabah (322).

Pahang mencatatkan 200 kes diikuti Kedah (145); Pulau Pinang (142); Labuan (108); Perak (101); Kelantan (89); Terengganu (51); Putrajaya (16); dan Perlis (dua).

Kredit: Bernama

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *