Tambah QR Kod MySejahtera Dalam Kilang

TEMERLOH – Meletakkan QR kod MySejahtera hanya di pintu utama antara yang dikesan ketika Op Patuh di sebuah kilang kertas di kawasan perindustrian di Mentakab pada Jumaat.

Pemeriksaan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Temerloh dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dilakukan serentak sempena Op Patuh seluruh negara.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, pengurusan kilang diminta meletakkan lebih banyak aplikasi itu di kawasan kilang terbabit.

“Kita sudah mengingatkan pihak pengurusan kilang seperti penambahan QR kod di lokasi tertentu dalam kilang dan penyediaan pembasmi kuman bukan hanya di pintu masuk sahaja.

“Mereka memberikan kerjasama baik ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas operasi tersebut.

Ujarnya, sebanyak empat kilang utama di daerah itu menjadi tumpuan sempena operasi yang melibatkan 59 orang.

Tambahnya lagi, hasil pemeriksaan di kilang mendapati ada kebenaran oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan mematuhi kehadiran jumlah pekerja iaitu tidak lebih 60 peratus

“Semakan secara rawak terhadap pekerja kesemuanya memiliki aplikasi MySejahtera dan telah dikemaskini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohd Azhar juga memberitahu, pemeriksaan akan dilakukan secara berterusan dan mereka yang dikesan melakukan kesalahan, tindakan akan diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) Seksyen 7 (1).

Kredit: Sinar Harian

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *