Menteri Mesyuarat 7 Julai Tentukan Tarikh Sidang Parlimen

PUTRAJAYA – Persidangan Parlimen diputuskan untuk diadakan secepat mungkin sebelum 1 Ogos ini.

Perkara itu disahkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Majlis Parlimen.

“Perkara berkaitan sidang Parlimen itu akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang akan diadakan pada 7 Julai depan,” katanya.

Pada 29 Jun lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-​Mustafa Billah Shah menitahkan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Kredit: Utusan Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *