Kilang Sarung Tangan Langgar SOP, Dua Kali Kena Saman

KEMAMAN – Kedegilan sebuah kilang pembuatan sarung tangan di kawasan perindustrian Kertih di sini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 membawa padah apabila dikompaun kali kedua dalam tempoh sebulan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kompaun sebanyak RM10,000 dikeluarkan berikutan kegagalan pihak pengurusan melaksanakan penjarakan fizikal dalam kalangan pekerja terutama di kawasan terbuka seperti tempat merokok dan surau.

“Kilang ini telah dikompaun sebanyak RM10,000 pada 2 Jun lalu dan kita memberi tempoh untuk mereka memperbaiki serta mempertingkatkan pematuhan SOP.

“Malangnya, apabila pemeriksaan dilakukan, kesalahan sama masih dilakukan, jadi kita mengeluarkan kompaun kedua dalam tempoh sebulan,” katanya kepada pemberita selepas
operasi membanteras ketidakpatuhan SOP atau Op Patuh besar-besaran hari ini.

Hanyan berkata, sebanyak 144 kompaun dikeluarkan di Kemaman dengan nilai keseluruhan lebih RM1 juta sejak 31 Mei lalu hingga kini.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 94 kompaun membabitkan syarikat industri atau majikan yang bernilai RM924,000 manakala baki, 50 lagi adalah pekerja industri.

“Antara kesalahan paling banyak dikesan dilakukan majikan adalah gagal memastikan jarak fizikal di samping bilangan pekerja melebihi had 60 peratus manakala bagi individu pula ialah tidak membuat pendaftaran MySejahtera dan memakai pelitup muka,” katanya.

Kredit: Utusan Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *