Guna Surat MITI Seludup Rokok RM2.2 Juta

KUANTAN – Taktik dua penyeludup rokok menggunakan surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi memudahkan pergerakan mereka tidak berhasil apabila kegiatan mereka berjaya dihidu pihak polis.

Dalam dua serbuan yang dilakukan semalam, polis berjaya merampas rokok pelbagai jenis dipercayai tanpa cukai dianggarkan bernilai kira-kira RM2.27 juta.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam kes pertama suspek berusia 40 tahun ditahan bersama lori membawa muatan 47 guni mengandungi rokok tanpa cukai di sekatan jalan raya (SJR) hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Temin di Jerantut.

“Jumlah keseluruhan rampasan ini dianggarkan bernilai RM278,000 dan kita akan menghantar rokok terbabit kepada pihak kastam untuk penilaian cukai.

“Suspek ditahan dan semua rokok itu dirampas serta dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut untuk siasatan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Kredit: Kosmo!

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *