6,278 Kes Sembuh Covid-19, 73 Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA – Malaysia terus merekodkan kes positif Covid-19 menghampiri 7,000 iaitu 6,982 kes sekali gus mengatasi kes sembuh walaupun turut mencatatkan peningkatan iaitu 6,278 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 73 kes kematian dicatatkan dengan 905 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 443 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 66,084 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 2,907 diikuti Kuala Lumpur (637), Negeri Sembilan (606), Johor (517), Sarawak (440), Pulau Pinang (351), Pahang (329), Kedah (257), Sabah (230), Melaka (202).

“Hanya dua negeri dan satu Wilayah merekodkan kes di bawah 200 iaitu Perak (182), Kelantan (129), dan Labuan (131) manakala Terengganu (44), Putrajaya (20) dan hanya Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kredit: Utusan Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *