‘Mamat’ akhirnya masuk perangkap

 

KUALA NERUS – Buaya tembaga digelar ‘Mamat’ yang pernah mengemparkan selepas tersesat masuk ke bekas lombong di Kampung Tepoh di sini sejak empat tahun lalu, akhirnya berjaya ditangkap hari ini.

Buaya jantan berusia enam tahun seberat lebih 100 kilogram berkenaan berjaya ditangkap anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu pada pukul 5.45 petang.

Seramai 17 anggota Perhilitan negeri dengan bantuan 10 anggota polis terlibat dalam operasi menangkap ‘Mamat’ di kawasan bekas lombong berkenaan.

Buaya tembaga tersebut berjaya tangkap dengan teknik pemasangan jerat.

Operasi menangkap ‘Mamat’ selesai sepenuhnya pada pukul 6.30 petang dalam keadaan hujan lebat.

Kosmo! 22 Mei lalu melaporkan ‘Mamat’ yang disangka sudah terlepas ke Sungai Terengganu berhampiran kembali menggemparkan penduduk dengan memunculkan diri dengan fizikal yang jauh lebih besar.

Kelibat buaya jantan yang naik ke tebing bekas lombong tersebut tular menerusi video berdurasi 20 saat dimuat naik di laman sosial Facebook.

Kredit : Kosmo ! Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *