Majlis Raja-Raja Ke-258 bersidang esok

 

PETALING JAYA: Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang ke-258 diadakan dua hari iaitu 30 Jun dan 1 Julai ini.

Persidangan itu sepatutnya diadakan pada 24 dan 25 Februari lalu namun ditunda susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu.

Menurut laman sesawang Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja membuat perjumpaan dengan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja, semalam.

Ini disusuli dengan mesyuarat ‘Pre-Council’ sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang diadakan hari ini.

Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menerima menghadap Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara hari ini, bagi membincangkan mengenai pembukaan Parlimen.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-258 akan memulakan sidang hari pertamanya esok, disusuli dengan hari kedua pada 1 Julai ini.

Kredit : Utusan Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *