Luahan Hati Pemilik AlFath Cafe Selepas dikecam Netizen

 

Sebagai pemilik AlFath Cafe saya mohon maaf kerana berkongsi gambar lawatan Tok Pa yang singgah di Cafe saya dalam lawatan beliau ke Kampung Kalai Jeli.

Saya juga telah beri keterangan kepada pihak Polis dan akan memberi kerjasama sepenuhnya.

Perniagaan Al Fath mematuhi SOP Kerajaan dan hanya dibuka utk beli bungkus @ take away sahaja semasa PKP.

Menu yang dihidangkan adalah utk saya perkenalkan hasil buah fikiran saya dan idea daripada anak anak tempatan Kalai.

Saya juga berkongsi masalah yang saya hadapi semasa pandemik COVID 19 ini. Tok Pa telah memberi kata kata semangat utk perniagaan saya kekal bertahan dalam keadaan serba mencabar ini.

Sebagai anak kampung saya amat teruja dan berkongsi kegembiraan dan kejayaan saya apabila Tok Pa Ahli Parlimen Jeli banyak membantu usahawan muda seperti saya terutamanya dalam mendigital kan usaha usaha meningkatkan jualan sehingga cafe saya dikunjungi oleh pelanggan dari daerah lain seperti Kota Bharu, Machang dan Tanah Merah walaupun Al Fath Cafe terletak jauh di pedalaman.

Saya serahkan perkara ini kepada pihak polis dan memohon netizen tidak membuat sebarang tohmahan yang tidak baik.

sekali lagi memohon maaf di atas kekurangan diri saya. Semoga kita semua diberi kekuatan dan kecekalan dalam menghadapi Pandemik COVID 19 ini.

di posting ini saya lampirkan sekali gambar bersama asnaf , target setiap hari ada 2 keluarga asnaf akan menerima sedikit sumbangan drpd alfathcafe & NGO serta mereka yg murah hati membuat sumbangan.

Kredit : Facebook AlfathCafe HQ

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *