Intipati Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)- PM

 

🔵 PM Muhyiddin umum Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)

🔵 Kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal memelihara kebajikan rakyat dan memerangi COVID-19 – PM Muhyiddin

🔵 Kapasiti PICK perlu ditingkatkan supaya lebih ramai lagi boleh divaksin dengan segera – PM Muhyiddin

🔵 PEMULIH berjumlah RM150 bilion merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan RM10 bilion – PM Muhyiddin

🔵 Lebih RM200 bilion disalurkan setakat ini, beri manfaat kepada lebih 20 juta rakyat serta 2.4 juta perniagaan – PM Muhyiddin

🔵 Kerajaan telah laksana tujuh program bantuan dan pakej rangsangan sejak pandemik COVID-19 bernilai keseluruhan RM380 bilion- PM Muhyiddin

🔵 Kerajaan akan salurkan Bantuan Tunai langsung kepada rakyat, berjumlah RM10 bilion sehingga hujung tahun ini – PM Muhyiddin

🔵 Kerajaan perluas Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum Perkeso, graduan baharu, lepasan sekolah, pekerja sektor tak formal – PM Muhyiddin

🔵Kerajaan umum Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dengan peruntukan RM4.6 bilion – PM Muhyiddin

🔵PEMULIH: RM500 Bantuan Kehilangan Pendapatan disalur pada Oktober kepada pekerja yang hilang pendapatan – PM Muhyiddin

🔵Kerajaan perluas Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum Perkeso, graduan baharu, lepasan sekolah, pekerja sektor tak formal – PM Muhyiddin

🔵PEMULIH: RM10 juta untuk laksana Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli – PM Muhyiddin

🔵PEMULIH: RM300,000 disalurkan kepada setiap Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang untuk Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas- PM Muhyiddin

🔵Kerajaan terus kekal harga runcit petrol RON95, diesel dan LPG yang dijangka babit subsidi lebih RM6 bilion tahun ini – PM Muhyiddin

🔵PEMULIH: Kerajaan perluas sokongan psikososial melalui saluran seperti talian kasih serta peruntukan RM15 juta kepada NGO bantu tangani isu sosial – PM Muhyiddin

🔵PEMULIH: Kerajaan laksana Harga Kawalan berasas nilai ambang Crude Palm Oil bagi tangani kenaikan harga minyak masak botol 1kg-5kg – PM Muhyiddin

🔵PEMULIH: Diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus bagi tempoh tiga bulan mulai bil Julai ini – PM Muhyiddin

🔵PEMULIH: Lanjutan pemberian satu gigabit data harian secara percuma sehingga 31 Dis 2021 dengan anggaran nilai RM500 juta, manfaatkan 44 juta pelanggan – PM Muhyiddin

Kredit : Bernama

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *