PETALING JAYA: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 kekal sehingga ketiga-tiga indikator dalam Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara dicapai.
Sehubungan itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan mengumumkan bantuan lebih menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat pada esok atau Selasa ini.
Memetik laporan ringkas Bernama.com, Muhyiddin berkata, Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara akan diteruskan sehingga nilai ambang jangkitan harian Covid-19 kurang daripada 4,000 kes.
“Susulan langkah itu juga, kerajaan akan mengumumkan bantuan lebih menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat pada esok atau Selasa ini,” katanya.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan empat fasa di bawah pelan tersebut dan menyasarkan negara akan masuk ke fasa kedua pada Julai atau Ogos ini apabila nilai ambang yang ditetapkan berjaya dicapai.
Kredit : Utusan Online