PETALING JAYA: Biarpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh hampir sebulan dilaksanakan, kes penularan Covid-19 masih belum menunjukkan tanda penurunan dengan angka terkini dicatatkan 5, 586 kes.
Kes Covid-19 di Sarawak menunjukkan peningkatan semula apabila mencatatkan 513 kes berbanding semalam 491 kes, diikuti Selangor 2,212 kes berbanding 2,108 kes semalam dan Kuala Lumpur kekal pada angka kes sama 628 kes.
Terengganu mencatatkan penurunan iaitu 16 kes berbanding semalam 29 kes; Labuan 83 kes dan Pulau Pinang 138 kes berbanding semalam 160 kes.
Bagi kes-kes negeri-negeri lain iaitu Johor (312), Sabah (190), Negeri Sembilan (501), Kelantan (133), Perak (229), Kedah (129), Melaka (380), Pahang (118), Putrajaya (4) dan Perlis (0).
Kredit : Utusan Online