Kes baharu Covid-19 catat 5,803

 

PETALING JAYA – Angka terbaru bagi kes Covid-19 tidak banyak berubah apabila hanya mencatatkan 5,803 kes berbanding 5,812 kes semalam.

Kes Covid-19 di Sarawak menunjukkan penurunan ketara apabila mencatatkan 491 kes berbanding 673 kes semalam, diikuti Selangor 2,108 kes berbanding 2,187 kes semalam dan Kuala Lumpur turun 628 kes berbanding 771 kes semalam.

Ini juga termasuk Terengganu dengan 29 kes, Labuan dengan 99 kes dan Pulau Pinang 160 kes berbanding 270 kes semalam.

Namun, negeri-negeri lain menunjukkan peningkatan iaitu Johor (329), Sabah (189), Negeri Sembilan (741), Kelantan (103), Perak (137), Kedah (186), Melaka (355), Pahang (220), Putrajaya (24) dan Perlis (4).

Kredit: Utusan Online 

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *