Kebajikan penduduk jalani PKPD di Pasir Puteh dijaga

 

PASIR PUTEH – Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pasir Puteh akan terus membantu menyalurkan bantuan kepada 71 keluarga di Taman Sri Purnama, Mukim Padang Pak Amat di sini yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 3 Julai depan.

Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Othman berkata, pihaknya terus mengadakan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam aspek penyediaan keperluan makanan kepada penduduk.

Manurutnya, purata agihan keperluan dapur untuk setiap rumah dianggarkan sebanyaj RM100 manakala sesetengah isi rumah menerima bantuan bekalan sehingga RM250 bergantung kepada keperluan.

“Kita menerima data yang tepat daripada JKM termasuk butiran bayi baru lahir untuk bantuan susu bayi, warga emas yang memerlukan susu formula khas selain dan lampin pakai buang.

“Ini merupakan agihan bantuan dijalankan sejak PKPD dilaksanakan di sini bermula 20 Jun lalu. Pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) turut tampil memberi bantuan kepada penduduk,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kredit : Kosmo ! Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *