Isteri maut, suami parah kereta terbabas

 

KUANTAN – Seorang suri rumah maut manakala suaminya cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar penghadang jalan di Kilometer 222.9 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 6.10 petang itu berlaku ketika pasangan terbabit iaitu Roziah Abdullah, 44, dan suaminya yang memandu kereta berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Dungun, Terengganu.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta jenis Mercedes Benz C300 yang dipandu suami mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas melanggar penghadang jalan di sebelah kiri laluan.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa wanita yang duduk di sebelah penumpang hadapan tercampak keluar dan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan suami mangsa yang mengalami cedera parah di bahagian dada dan tangan dirawat di hospital sama.

Kredit : Kosmo ! Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *