4 beranak tinggal atas bot dapat rumah PPRT

KUALA TERENGGANU – Ke­peritan hidup keluarga Samsuddin Khalid, 45, yang terpaksa tinggal di rumah botnya yang uzur di Tasik Kenyir dekat sini mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong, Datuk Rozi Mamat.

Beliau berkata, sebuah rumah baharu akan dibina demi kebajikan keluarga pengusaha rumah bot Tasik Kenyir itu pada masa terdekat.

“Sebenarnya saya telah memohon pembinaan rumah di bawah program Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebaik dimaklumkan kesulitan dihadapi keluarga itu pada Februari lalu.

“Saya pohon sendiri (permohonan pembinaan rumah) kepada Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan baharu diluluskan beberapa minggu lalu,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan Samsudin, lima beranak hidup melarat dengan me­numpang teduh di dalam rumah bot mereka.

Pelaksanaan PKP 3.0 menyebabkan lelaki itu hilang pendapatan dan tidak mampu membaiki enjin dan beberapa struktur rumah botnya yang telah rosak.

Rozi berkata, Samsuddin telah bersetuju untuk menyediakan tapak pembinaan rumah yang menelan belanja RM60,000 itu di tanah milik keluarganya.

Kredit : Utusan Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *