Agong terima menghadap PM

 

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet hari ini.

Istana Negara dalam hantaran Facebook memaklumkan, sesi itu berlangsung menerusi sidang video di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

Menurut hantaran itu lagi, sesi itu berlangsung selama satu jam bermula pukul 8.30 pagi.

“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama YAB Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” kata kenyataan itu hari ini.

Yang di-Pertuan Agong sebelum ini menzahirkan pandangan sesi Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli Dewan Rakyat.

Titah Seri Paduka, Parlimen yang berperanan sebagai satu platform penting untuk wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19.

Titah itu sebaik sahaja selesai Sesi Perbincangan Khas antara Yang di-Pertuan Agong Dan Raja-raja Melayu di Istana Negara, minggu lalu.

Kredit : Utusan Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *